Friday, July 25, 2014

Till the Finish Line..


Assalammualaikum, 

kini tinggal lagi dua hari sebelum Ramadhan 1435H pergi meninggalkan kita.. Alhamdulillah, kita semua telah melalui ranjau Ramadhan ini sampai ke hari ini (sejauh ini) jadi mari kita kuatkan semangat kita keep strong InsyaAllah dan tamatkannya dengan penuh kekuatan..Biar sampai kito monang dengan takbir! 

Moga kita dipanjangkan usia untuk diberi peluang sekali lagi oleh Dia pada tahun hadapan untuk kita terus berpuasa dengan sempurna..

Dengan kesempatan nie faezatul nak ucapkan;

Taqabballhu minna wa minkum.. May all of our ibadah during this whole month will be accepted by Allah s.w.t. 

Buat yang berada dalam perjalanan pulang ke kampung pandulah dengan cermat, sesekali lihatlah mata penumpan-penumpang anda yang sedang memberi kepercayaan kepada anda untuk membawa mereka sampai dengan selamat ke destinasi.. Jagalah adab memandu anda, jangan memandu recklessly sampai menyusahkan atau membahayakan orang lain..InsyaAllah, sampai kita berjumpa lagi lepas raya nanti..

Wallahua'lam..^^

Wednesday, July 16, 2014

Love Keychain (double sided)

Assalammualaikum,

Hari nak share pic love keychain yang faezatul dah siapkan 2 minggu lepas.. Sebelum nie faezatul dah pernah wat Love Hp straps. Kali nie konsep still sama (double sided) dan size pun sama, (7cm x 8cm) cuma ubah dari hp straps ke keychain ja..Order nie dari adik faezatul hadiah birthday untuk roommate dia katanya.

Hari nie baru sempat nak update T_T.. Jom tengok ya..

yang nie sebelah depannya, faezatul letak nama cam biasa


nie pulak sebelah belakangnya, faezatul letak details cupcake pastu letak tiny button.

Setakat nie sajalah ya untuk hari ini..InsyaAllah nanti kita share lagi ya.. Faezatul kena siapkan bulk order dan serahkan kat customer sebelum raya nie (nanti faezatul habaq apa dia). Sampai la nie dok tak siap-siap lagi..T_T Kena pulun siapkan jugak dalam minggu nie! 

Berminat ya? Contact faezatul kat SINI tau..

Wallahhua'lam..^^


SUS n d Felt @ Sinar Harian Edisi Utara

Assalammualaikum,

Entry kali nie tak panjang ya sebab faezatul just nak wat shout out untuk 'cikgu' faezatul  iaitu SUS n d felt merangkap my SIC (sister in craft) dari negeri Cik Siti Wan Kembang nie..

Kisahnya bermula pagi tadi time tengah dok ralit selak-selak surat khabar Sinar  Harian Edisi Utara (saya seorang pencinta old skool yang still lagi prefer baca surat khabar versi tradisional), terkejut tau bila bukak ruangan Citra : Inilah Rezekiku ada cerita pasai Mama Idda nie. 

Tak Caya ya? Okay, kita tengok nie;

Ruangan nie ditulis oleh Salwani Md Zain.. Faezatul sempat la snap picha nie dan ...

picha nie versi zoom in.. Nampak tak? 
Sorry sis, kualiti gambaq tak memuaskan..T_T

Dah tengok kan? haaa dah percaya kan?

Hmm okay la..Setakat nie saja nak sampaikan berita hehe.. Tahniah ya sis, keep it up... Moga apresiasi nie dapat motivate sis dan seluruh my other SIC  kat luar sana ya..Jom, kita ikut jejak mereka..InsyaAllah..

Wallahhua'lam..^^





Sleepy Little Owlie (plushies)


Assalammualaikum..
Today (eh kemain) okay hari nie faezatul nak tunjuk plushies yang faezatul dah buat nie.. TAADAA!!

Idea untuk wat design cam nie faezatul dapat dari sini tau (kena credit untuk designer nya) pastu faezatul alter sikit-sikit ja.. Firstly, it may look big on screen but trust me it isn't. Sebabnya plushie nie saiznya kechik ja tau (dah nama pun little kan). Faezatul buat dua warna senang cakap fraternal twin set (pasangan kembar tak seiras dan mostly berbeza jantina) Tak best la tulis couple set nanti dah jadi rate 18+ plak, aduhai..

Menariknya,saiznya berbeza tau..Ya ka? kalau tak caya, meh nak habaq mai...


Yang nie little boy, faezatul wat warna navy blue. Saiznya 13 cm x 17 cm tau. Plushies nie faezatul guna felt polyster cuma perutnya saja felt guna acrylic felt corak polka dots (setakat sekarang faezatul cuma ada/guna warna kuning ja)


Yang nie little girl. Sizenya kechik skit dari little boy tadi, cuma 11.5 cm x 16 cm ja (kira besaq skit dari tapak tangan dewasa)


Actually, faezatul guna warna plum tau tapi bila dah snap ngan camera (campur ngan bantuan lampu kalimantan) tiba-tiba bertukar jadi warna seakan-akan pink pulak. Comey kan? Kalian nampak tak apa beza antara little boy owlie ngan little girl owlie?? (soalan kuiz nie) hehe..

Tak puas lagi ya? Tak pa, kita zoom tengok ya.. Mai sini..

besaq tak perut kami??hohoho....

cantik tak saya??

Owh ya, yang little girl tu dah selamat dijual..Asalnya, faezatul wat untuk display ja sebab kawan-kawan cousin dok kalut tanya plushie tu menatang pa (menatang depa panggil huh)..Tapi, belum sempat nak display dah ada yang berkenan..Alhamdulillah..Pastu faezatul nak cerita yang plushies nie jugak ada sejarahnya tau sebabnya kerana 'hadirnya' plushies inilah terjadinya episod ini.

Okay, nanti faezatul nak tunjuk surprise lagi tau..Tunggu ya, insyaAllah..Tu ja la untuk kali nie, nak pinjam ayat Mia Sara boleh? 


(Mia, 2011, MIG  Filem : Sekali Lagi)

Berminat? Contact saya kat SINI

Wallahhua'lam..^^

Sunday, July 13, 2014

Jom Buat Sendiri Sticker

Assalammualaikum, 

Pejam celik2 dah nak berakhir bulan Ramadhan kan? Esok, Perlis cuti Nuzul Quran pastu tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi kita boleh 'peluk' bulan Ramadhan nie. Pastu, kalau umur kita panjang (jika Allah s.w.t. izinkan), sampai la kita kat bulan Syawal. 

Huh sebut pasal Syawal,  kita kat sini bila time nak sambut Syawal meriah bagai nak rak, tapi saudara kita kat Gaza sana bermandi DARAH, hilang ANGGOTA dan SYAHID (sebab bom besi bukan mercun DIY cap 'hero' kampung macam kat sini). Pilu rasa hati bila ikut perkembangan kat Gaza baca kat SINISINI LAGI, pastu TENGOK SINI. Apa yang kalian rasa? Kalau tengok kat media sosial, penuh dengan hashtag #freePalestine #prayforaza # birruhbiddamnufdikayaAqsa, #laknatullahIsrael, #gazaunderattack #savepalestinesavegaza kan? Walau kita tak mampu dari segi material, kekuatan kudrat cukup sekadar kita berterusan doakan kemenangan para mujahideen dan saudara-saudara kita kat sana. Keep it up! Ingat kisah serangan kat Gaza bukan BERMUSIM macam FIFA tapi setiap hari, setiap detik, setiap saat, setiap tahun la nie dah 66 tahun (sejak 1948) rejim Zionis rampas tanah warga Gaza.

Alright, hari ni kita tengok sikit tutorial cara nak wat sendiri stiker. 



Stiker nie boleh la nak tepek kat kad (handmade) atau kat belakang sampul surat atau kat mana-mana yang hampa semua suka. Faezatul wat nie untuk lekat kat belakang sampul surat kad raya (tahun nie nak ubah mood pulak, nak back to old skool style)..hehe.. Tak mau dok berletiaq banyak-banyak..Meh kita tengok tutorial.

Langkah 1:

Sediakan alat-alat nie ya..





Kat atas tu semua bahan-bahan yang diperlukan untuk wat sticker nie. Sticker paper tu faezatul guna sikit ja sebab nak tunjuk tutorial nie la.

Langkah 2:

Lorekkan (macam arahan soalan Matematik masa zaman sekolah pulak kan..hehe) atau warnakan sticker paper dengan menggunakan paint marker. Faezatul guna platinum paint marker warna pink (cap Jepun) yang dibeli kat Daiso.


Warnakan sesuka hati sampai rasa dah okay. Pastu kita ikut langkah seterusnya.

Langkah 3:

Bila dah puas mewarna, kita punch bahagian sticker paper yang berwarna tu. Jadi cam nie


Faezatul pilih corak bunga (sebab nie la satu-satunya craft punch yang ada pun T_T).

Langkah 4:

Masa untuk kita decorate bunga-bunga tadi. Gunakan pen yang berdakwat cayaq tu (ikut suka hati).

keluarkanlah semua jurus kreativiti yang hampa ada time nie. Tulis la ayat-ayat sweet yang hampa nak. Nak lukis label sendiri pun tak pa, terpulang pada diri.

Langkah 5:

Bila dah siap decorate, terhasilah....



DAH SIAP!!



 Tepek la kat mana-mana yang rasa berkenan di hati. Nie faezatul tepek ateh sampul. 

Okay, setakat nie saja ya. Nanti bila hampa semua dah buat stiker sendiri yang lagi cantik dari kami buat nie, invite la kami naa..hehe..

SELAMAT MENCUBA~

Wallahhua'lam.

Tuesday, July 8, 2014

Baby Animal keychain (series 1)

Assalammualaikum,

RAMADHAN KAREEM untuk kalian.

owh tajuk mesti nak dalam english kan? hehe.
hari nie faezatul nak share beberapa gambaq keychain. Faezatul prefer guna ball chain sebab nampak lebih rare dari keychain biasa (kemain, konon la kan). 
Keychain nie faezatul wat style chibi (konon-konon bagi nampak comel hehe). Kebanyakan hasil kraf faezatul suka guna polyster felt sebab nampak cam sturdy dan senang nak potong.



Baby Tiger Keychain
saiz : 7cm x 8 cm (approximately)

Order dari adik faezatul, dia mintak wat keychain harimau. Pastu, bila dah dia letak kat kotak pensel dia tu, kawan-kawan dia pun mula berkenan.. Semuanya potong dan jahit ngan tangan (termasuk jalur-jalur belang tu) yang pakai adhesive cuma bunga comel tu ja. Jalur-jalur belang tu faezatul wat depan belakang supaya nampak ler ghuper rimaunya bila dia pose kot belakang pun.
Esoknya tu, alhamdulillah terus faezatul dapat order untuk wat keychain arnab plak dan akhirnya terjadilah;

Baby Bunny Keychain
saiz : 7cm x 9.5 cm (approximately), 
-campur ngan tinggi telinga bunny tu
order dari : Nur Nabila

Rasanya, untuk hari nie faezatul nak share takat nie ja dulu ya. InsyaAllah, nanti faezatul share siri yang kedua pulak. Baru siap semalam, nanti kita tengok ya.

Berminat? Contact faezatul kat SINI ya..

Wallahhua'lam. ^^



Monday, July 7, 2014

Love Hp Straps (double sided)

Assalammualaikum..

Okay, hari nie faezatul tunaikan janji semalam. Nie semua order yang diambil dari kawan-kawan adik sepupu faezatul sebelum Ramadhan nie..Katanya order dari kawan sekelas dia kat SMK Kuala Perlis
Hp straps nie memang besaq (saiz 7cm x 8cm), faezatul pakai fully felt polyster yang jenis keras tu...Semua nie depa request double sided (depan belakang) tau..

Pakat-pakat dok request warna yang berbeza depan belakang (nama pun depan belakang). Nama depa plak panjang-panjang tau, ada sampai 8 huruf, jenuh jugak dok gunting huruf tu satu-satu. 
Hmm, pas dari order nie terus faezatul wat syarat lebih dari 6 huruf, faezatul akan charge RM 1. Sebabnya satu, jenuh nak gunting huruf-huruf tu (gunting manual ya) pastu, bila dah banyak-banyak huruf (8 huruf, cam nama faezatul nie) dah jadi tak cantik bila dok susun ateh bentuk love tu. Kesian huruf tu kena berhimpit-himpit plak depa.. Rasa bersalah tau bila hasil huruf tu tak cantik..Nak gunting kechik lagi memang tak dapat dah nanti jadi terlampau kechik..T_T
11 bijik hp straps yang tengah dok pose beramai-ramai


Tapi, tak pa alhamdulillah dengan order depa nie faezatul dapat belajar banyak benda;
  1. cara nak adjust guntingkan huruf kecik-kecik. 
  2. cara nak susun huruf-huruf tu.
  3. cara nak jahit felt polyster yang keras supaya tak nampak kemik bila dah final sew up.
  4. jiwa remaja yang tengah dok obses dengan ........ (ada kena mengena ka?)


Hehe, maaf ya..dah la tu..Meh kita close-up depa plak..







Tu sajalah untuk hari nie..main to-do list nak make-up blog nie skit (blog baru la kan).. InsyaAllah, nanti pulak tunjuk hasil latest projek. Pastu nanti isyaAllah, nak attribute sifu-sifu faezatul yang dah banyak share ilmu depa. Faezatul pun banyak belajaq dari tutorial yang depa tunjuk tu la..

Berminat tak? Contact ja saya kat SINI tau..

Wallahhua'lam..

p/s : terima kasih ya, sebab hampa semua sudi order..^^

This is it..

Assalammualaikum,

Saya bukan seorang yang pandai bermadah panjang-panjang. Saya cuma nak ucapkan syukur Alhamdulillah, pada tarikh 9 Ramadhan 1435H akhirnya dapat saya beranikan diri untuk 'melahirkan' sebuah blog untuk saya pamerkan dan promosikan kraftangan handmade dari kain felt.  

Bermula dari sekadar suka-suka  dengan niat untuk belajar kemahiran baru akhirnya terus menjadi obses. Mula-mula belajar dulu memang agak cincai hasil kraf bila dah wat silap (pastu simpan dalam kotak), dari situ saya belajar pelbagai perkara tentang teknik menjahit kain felt nie. Setakat nie (masih lagi belajar untuk upgrade skills menjahit) saya ambil tempahan sikit-sikit dari ibu saudara, kawan-kawan dan adik serta sepupu saya. 

InsyaAllah, untuk entry yang seterusnya saya akan pamerkan hasil-hasil kraftangan yang telah saya hasilkan ya.

Wassalam..Ramadhan Kareem untuk kalian. ^^v