Assalammualaikum,
Pejam celik2 dah nak berakhir bulan Ramadhan kan? Esok, Perlis cuti Nuzul Quran pastu tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi kita boleh 'peluk' bulan Ramadhan nie. Pastu, kalau umur kita panjang (jika Allah s.w.t. izinkan), sampai la kita kat bulan Syawal.
Huh sebut pasal Syawal, kita kat sini bila time nak sambut Syawal meriah bagai nak rak, tapi saudara kita kat Gaza sana bermandi DARAH, hilang ANGGOTA dan SYAHID (sebab bom besi bukan mercun DIY cap 'hero' kampung macam kat sini). Pilu rasa hati bila ikut perkembangan kat Gaza baca kat SINI, SINI LAGI, pastu TENGOK SINI. Apa yang kalian rasa? Kalau tengok kat media sosial, penuh dengan hashtag #freePalestine #prayforaza # birruhbiddamnufdikayaAqsa, #laknatullahIsrael, #gazaunderattack #savepalestinesavegaza kan? Walau kita tak mampu dari segi material, kekuatan kudrat cukup sekadar kita berterusan doakan kemenangan para mujahideen dan saudara-saudara kita kat sana. Keep it up! Ingat kisah serangan kat Gaza bukan BERMUSIM macam FIFA tapi setiap hari, setiap detik, setiap saat, setiap tahun la nie dah 66 tahun (sejak 1948) rejim Zionis rampas tanah warga Gaza.
Alright, hari ni kita tengok sikit tutorial cara nak wat sendiri stiker.
Stiker nie boleh la nak tepek kat kad (handmade) atau kat belakang sampul surat atau kat mana-mana yang hampa semua suka. Faezatul wat nie untuk lekat kat belakang sampul surat kad raya (tahun nie nak ubah mood pulak, nak back to old skool style)..hehe.. Tak mau dok berletiaq banyak-banyak..Meh kita tengok tutorial.
Langkah 1:
Sediakan alat-alat nie ya..
Kat atas tu semua bahan-bahan yang diperlukan untuk wat sticker nie. Sticker paper tu faezatul guna sikit ja sebab nak tunjuk tutorial nie la.
Langkah 2:
Lorekkan (macam arahan soalan Matematik masa zaman sekolah pulak kan..hehe) atau warnakan sticker paper dengan menggunakan paint marker. Faezatul guna platinum paint marker warna pink (cap Jepun) yang dibeli kat Daiso.
Warnakan sesuka hati sampai rasa dah okay. Pastu kita ikut langkah seterusnya.
Langkah 3:
Bila dah puas mewarna, kita punch bahagian sticker paper yang berwarna tu. Jadi cam nie
Faezatul pilih corak bunga (sebab nie la satu-satunya craft punch yang ada pun T_T).
Langkah 4:
Masa untuk kita decorate bunga-bunga tadi. Gunakan pen yang berdakwat cayaq tu (ikut suka hati).
keluarkanlah semua jurus kreativiti yang hampa ada time nie. Tulis la ayat-ayat sweet yang hampa nak. Nak lukis label sendiri pun tak pa, terpulang pada diri.
Langkah 5:
Bila dah siap decorate, terhasilah....
DAH SIAP!!
Tepek la kat mana-mana yang rasa berkenan di hati. Nie faezatul tepek ateh sampul.
Okay, setakat nie saja ya. Nanti bila hampa semua dah buat stiker sendiri yang lagi cantik dari kami buat nie, invite la kami naa..hehe..
SELAMAT MENCUBA~
SELAMAT MENCUBA~
Wallahhua'lam.
No comments:
Post a Comment